Pejawat awam perlu melaksanakan tugas
diamanahkan rakyat dan negara secara jujur dan tekun. Setiap pekerja
dipertanggungjawabkan dengan amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah di hari
akhirat kelak. Dosa atau pahala diperoleh kelak bergantung kepada sejauh mana
individu tersebut berjaya atau gagal dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Setiap individu yang menjawat jawatan kerajaan sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas dipertanggungjawabkan kepadanya tanpa mengira siapakah pemimpin dan parti politik yang menerajui kerajaan. Mereka dilantik oleh kerajaan tanpa melihat fahaman politik masing-masing.
Setiap penjawat awam mempunyai tugas khusus yang perlu dilaksanakan secara proaktif dan dedikasi supaya setiap perancangan kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi kebaikan masyarakat dan negara.

Sikap cuai dan kurang prihatin terhadap tugas dipertanggungjawabkan adalah faktor utama yang boleh menggagalkan setiap perancangan kerajaan. Individu dilantik sebagai kakitangan kerajaan adalah harapan rakyat bagi merealisasikan perancangan kerajaan untuk membangun masyarakat dan menjamin keselamatan negara.
Kurang kesedaran terhadap tanggungjawab dan pembalasan di hari akhirat adalah faktor utama bertambahnya gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan terhadap masyarakat dan negara.
Individu-individu yang dilantik oleh kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian kepada tugas secara ikhlas dan dedikasi supaya tenaga dan pengorbanan mereka dihargai masyarakat dan dirahmati Allah dengan ganjaran pahala istimewa di hari akhirat.
Kesedaran terhadap pembalasan di hari akhirat sahaja mampu memperkukuhkan prinsip dan jati diri mereka sebagai orang beriman dan sentiasa mengharapkan pembalasan baik daripada Allah SWT dan keberkatan dalam kehidupan. Tugas sebagai anggota keselamatan seperti polis dan tentera adalah satu ‘perniagaan’ yang paling baik di hari akhirat.
Berdasarkan kepada keistimewaan bertugas untuk masyarakat dan negara maka setiap individu yang terlibat dalam tugas tersebut sepatutnya melatih diri menjadi orang yang proaktif dan jujur dalam perkhidmatan supaya jasa dan tenaga yang dicurahkan selama ini diberkati Allah dan memperoleh ganjaran istimewa di hari akhirat.
No comments:
Post a Comment