Pembukaan
kota Makkah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada
Ramadan, tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan
penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak
kiblat orang Islam, Kaabah. Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia
sepanjang tahun untuk melakukan umrah dan menyempurnakan Rukun Islam,
menunaikan Haji.
Sempena
pembukaan Makkah, Allah SWT menjelaskan peristiwa atau kejayaan itu sebagai
tanda kemenangan yang lebih gemilang bakal diraih nanti.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi
perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salahmu yang lalu dan yang terkemudian
dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu serta menambahkanmu hidayah ke jalan
lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan
sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan
sepenuh-penuhnya dan sehebat pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).”
(Surah al-Fath, ayat 1-3)
Peristiwa
ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy menyerang Bani Khuzaah
dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah SAW. Serangan Bani Bakr dibantu pihak
kafir Quraisy. Tindakan Quraisy itu ternyata melanggar antara kandungan
persetujuan Perjanjian Hudaibiyah yang ditangani antara Kaum Muslim dengan
Kafir Quraisy pada tahun keenam Hijrah.
Perjanjian
Hudaibiyah menetapkan kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana
kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan. Ternyata tindakan Quraisy
membantu Bani Bakr menyerang Bani Khuzaah telah melanggar perjanjian yang
dibuat.
Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam memandangkan Bani Khuzaah adalah rakan yang membuat perjanjian bersekutu dengan orang Islam. Serangan itu menyebabkan hampir 20 orang daripada Bani Khuzaah terbunuh.

Amru
bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk
memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah SAW.
Apabila pihak Quraisy mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah SAW, mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf namun, Rasulullah SAW dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.
Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah dilanggar pihak Quraisy, maka Rasulullah SAW menyiapkan angkatan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke Makkah dapat dijangka oleh pihak Quraisy.

Menyedari
akan berlaku peperangan besar dan mungkin kemusnahan serta kematian yang
banyak, seorang sahabat, Hatob cuba mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan
keberangkatan tentera Muslimin. Namun cubaan itu dipatahkan oleh sahabat yang
lain.
Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita untuk memaklumkan keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad. Alasan ini diterima Rasulullah SAW kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah SWT janjikan keampunan.
Setiba Rasulullah SAW di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Kebanyakan penduduknya telah melarikan diri dan berlindung di kawasan bukit di luar Kota Makkah.
Walaupun
pertempuran berlaku yang dilakukan oleh kumpulan tertentu, ia dapat dipatahkan
oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.
Kaum
Quraiys hilang keyakinan untuk menentang tentera Islam yang dilihat lebih
banyak dan kuat berbanding mereka. Ini hasil kebijaksanaan Rasulullah SAW
melakukan taktik yang licik berjaya memperdayakan orang Quraiys tentang
kekuatan sebenar tentera Islam. Mereka menyangka tentara Islam berjumlah
puluhan ribu dan mungkin hingga mencapai lebih 50,000 orang.
Sebaik memasuki Kota Makkah, Baginda menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Kota Makkah dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam.
Sebaik memasuki Kota Makkah, Baginda menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Kota Makkah dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam.
Biarpun
Islam telah berkuasa di Makkah, penduduknya tidak diapa-apakan. Mereka diberi
kemaafan dan kebebasan mengamalkan agama masing-masing. Rasulullah SAW tidak
membalas dengan kekerasan tindakan mereka yang pernah memusuhi dan ingin
membunuh baginda.
Sikap
ditunjukkan Rasulullah SAW itu menarik minat penduduk Makkah memeluk Islam. Mereka
sedar ajaran Islam adalah yang terbaik. Mengajar perkara yang baik dan mengelak
atau melarang perbuatan buruk, walaupun terhadap musuh.
Hasil
pembukaan Kota Makkah, Islam boleh disebarkan seluruh kawasan tanpa halangan. Kaum
Quraiys yang dulunya menjadi penghalang, kini tidak lagi berdaya melakukan
apa-apa halangan. Bahkan, mereka secara beramai-ramai memeluk Islam menjadi
sebahagian yang menguatkan Islam.
No comments:
Post a Comment