Murtad di kalangan orang Melayu
kini sudah parah. Murtad yang berlaku bukan sekadar apabila seseorang menukar
agama atau memeluk agama lain. Murtad di sini termasuklah apabila individu mengiyakan
apa saja perbuatan buruk dilakukan terhadap Islam dan pada masa sama menyokong
apa-apa perbuatan yang dilakukan bukan Islam. Perbuatan itu dilakukan demi
politik dan atas dasar hak kebebasan kemanusiaan.
Rasulullah SAW berpesan dalam satu
sabda bermaksud: "'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan
datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang
datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'.
Sahabat bertanya: "'Apakah
fitnah besar itu ya Rasullullah? "'Fitnah itu adalah kamu akan lihat
umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.
Petang Islam, pagi kafir balik."
Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa
begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab: "Sebab dia jual
agamanya dengan nilai dunia".
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini: "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap". Gambaran diberikan ialah bagaimana gerakan ini dapat dilihat kalau begitu keadaannya. Satu cara untuk menghadapi cabaran ini hanyalah dengan cahaya keimanan.
Memang sukar untuk mengenal siapa
yang telah murtad kerana pada masa sama mereka masih mengamalkan cara hidup
Islam dan melakukan ibadat khusus seperti orang Islam lain.
Sebab itu, kita jangan leka dengan
gerakan tersebut. Mereka sendiri jika dikatakan telah murtad pasti akan
membantah dan tidak mengaku. Malah, mereka mengaku diri lebih Islam daripada
orang lain.
Gerakan murtad ini selari dengan
gerakan liberalisme dan pluralisme yang memberi gambaran bahawa Islam boleh
menerima apa saja nilai-nilai yang diamalkan penganut agama lain dan mengaku
agama lain juga baik dan boleh mengikut sebahagian daripada amalan agama lain
yang didakwa lebih baik dan diterima ramai.
Inilah serangan pemikiran yang
melanda umat Islam di Malaysia, bahkan juga di seluruh dunia. Musuh Islam tidak
berhasrat untuk mengubah status agama dalam kad pengenalan atau apa-apa rekod
peribadi individu Islam, tetapi sudah memadai mengubah cara pemikiran dan
amalan hidup seharian.
No comments:
Post a Comment