Namun gerakan murtad terus
mengganas melalui tindakan orang Islam sendiri yang semakin keliru dengan
identiti mereka sendiri.
Memang sukar untuk mengenal siapa
yang telah murtad kerana pada masa sama mereka masih mengamalkan cara hidup
Islam dan melakukan ibadat khusus seperti orang Islam lain. Jika dikatakan
telah murtad pasti akan membantah dan tidak mengaku. Malah, mereka mengaku diri
lebih Islam daripada orang lain.
Gerakan murtad ini selari dengan
gerakan liberalisme dan pluralisme yang memberi gambaran bahawa Islam boleh
menerima apa saja nilai-nilai yang diamalkan penganut agama lain dan mengaku
agama lain juga baik dan boleh mengikut sebahagian daripada amalan agama lain
yang didakwa lebih baik dan diterima ramai.
Serangan akidah terhadap umat Islam
sebenarnya berlaku di seluruh dunia. Paling ketara usaha dilakukan oleh pihak Kristian. Semenjak kalah dalam Perang
Salib terakhir. Satu wasiat telah dibuat
oleh pemimpin Kristian yang antara lainnya bermaksud:
"'Kepada semua pemimpin-pemimpin
Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan
tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada
mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu
tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana
nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.
Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam.'
Mangapa dakwah Kristian berjaya?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G aiaitu GOSPEL, GOAL, GLORY.
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso
De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah
kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis
Xavier sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Mereka bergerak dalam semua
lapangan kehidupan. Dari politik, kemasyarakatan, ekonomi, perbankan, sukan dan
sebagainya. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah
satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ini
mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.
Cara lain adalah dengan
menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan sama ada dengan tangan, dengan
mulut, atau paling lemah sekali dengan hati.
Perpecahan politik orang Melayu
bukan setakat melemahkan kedudukan orang Melayu, tetapi juga orang Islam. Tonggak Islam di Malaysia adalah Melayu. Jadi, untuk melemahkan Islam ialah dengan
melemahkan politik orang Melayu.
Soal kekuatan ekonomi Melayu,
mereka tidak perlu fikirkan kerana memang Melayu rata-rata miskin. Keadaan ini
jugalah memudahkan mereka menghulurkan bantuan kepada sebelah pihak untuk
menghancurkan sebelah pihak Melayu lain.
Demi kuasa, perpaduan sesama Islam
dileraikan, sebaliknya mencari rakan bukan Islam yang nyata mempunyai semangat
untuk menghancurkan Islam.
No comments:
Post a Comment