Kebiasaan atau telah menjadi
kelaziman, dengan hanya melihat berjubah, kita telah mengatakan seseorang itu alim.
Pandai bercakap ala-ala Arab sedikit telah dipanggil ustaz. Baca doa panjang,
terus diangkat jadi imam.
Begitulah sikap segelintir kita yang
mudah melabelkan seseorang berdasarkan apa yang dilihat dari luaran saja. Bahkan,
jika kita ingin dianggap begitu, maka kenalah juga melakukan seperti itu.
Sebabnya, biarpun diri sebenarnya baik, tetapi disebabkan tidak menampilkan diri dalam bentuk umum yang dianggap baik, maka kebaikan itu tidak ‘diiktiraf’ oleh pihak lain.
Sebabnya, biarpun diri sebenarnya baik, tetapi disebabkan tidak menampilkan diri dalam bentuk umum yang dianggap baik, maka kebaikan itu tidak ‘diiktiraf’ oleh pihak lain.
Untuk menjadi panduan dan pengajaran
kepada kita semua, elok kita meneliti pengajaran yang boleh diambil dari satu kisah
Nabi Daud bersama dengan murid-muridnya.
Kisahnya, pada suatu hari, Nabi Daud
memberi pelajaran berkaitan akhlak kepada sekumpulan muridnya di sebuah masjid.
Ketika itu, lalu masuk seorang lelaki yang berjubah putih serta memakai haruman
yang amat wangi.
Lelaki itu berjanggut, memberi
ucapan salam kepada Nabi Daud, namun tidak dihiraukan oleh baginda. Sebaliknya,
baginda terus memberi tumpuan kepada muridnya, seakan-akan tidak wujud lelaki
itu di dalam masjid.
Lelaki itu kemudian terus menunaikan
sembahayang dengan menampakkan rasa tekun, dalam tempoh masa yang lama. Dia
sujud dan rukuk begitu panjang berbanding kebiasaan yang dilakukan oleh orang kebanyakan.
Selesai sembahyang, lelaki itu
segera mengangkat tangan berdoa dengan rasa penuh harap sambil menanggis supaya
dirinya diampuni segala dosa dan tergolong dalam kumpulan mereka yang disayangi
Allah.
Sedangkan pada masa yang sama, Nabi
Daud terus mengajar muridnya tanpa memberi apa-apa reaksi kepada perlakuan
lelaki itu. Bahkan, Nabi Daud tidak memberi peluang kepada muridnya untuk
memberi perhatian kepada lelaki itu.
Selepas berdoa, lelaki itu bangun
untuk meninggalkan masjid itu. Sebelum itu dia meminta diri dan memgucapkan
salam kepada Nabi Daud. Pun, baginda tidak menunjukkan tanda hormat kepada
lelaki itu.
Melihatkan sikap Nabi Daud yang
sedemikian, muridnya merasa hairan dan tidak senang hati. Mereka menganggap
baginda tidak menunjukkan contoh yang baik dalam hal memberi hormat kepada
tetamu, lebih-lebih lagi dari golongan yang dianggap alim dan mulia. Namun,
murid-murid itu tidak berkata apa-apa kerana masih dalam masa belajar.
Selepas tamat Nabi Daud mengajar,
maka salah seorang muridnya bertanya. Katanya: “Wahai Nabi Allah, bolehkan saya
bertanya?” Lalu dijawab Nabi Daud: “Ya,
silakan.”
Tanya murid itu: “Bukankan Nabi
mengajar kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tetamu?” Jawab Nabi Daud: “Betul,”
Kata murid itu lagi: “Tetapi mengapa
engkau sebagai guru tidak menunjukkan contoh bagaimana menghormati tetamu tadi?” Lalu dijawabnya: “Aku tidak memberi perhatian
(menghormati tetamu itu) kerana dia tidak mempunyai akhlak yang baik,”
“Ingatkah bagaimana caranya memasuki
majlis ketika guru mengajar?” soalnya.
Tambahnya lagi: “Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan
terlebih dahulu sebagai tanda menghormati tempat ibadat ini, dan sepatutnya dia
tidak mengucapkan salam terlebih dahulu, melainkan langsung duduk ikut
mendengarkan pelajaran,”.
Lalu, salah seorang murid lain
mencelah: “Tetapi jubah dan janggutnya menunjukkan dia itu orang alim, tidak
mungkin dia tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki masjid dan
majlis ilmu,”
Maka Nabi Daud berkata: “Orang
seperti inilah yang akan menjatuhkan agama kita kerana penampilannya tidak
sesuai dengan sikapnya yang sebenar dalam memenuhi tuntutan agama,”
Murid tadi berkata lagi: “Tetapi,
kita semua melihat bahawa orang yang berjubah itu melaksanakan sembahayang
dengan lama sekali, apakah itu tidak cukup membuktikan kebaikannya?”
“Itulah tanda kepalsuan yang mana
dia ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya
bukan orang soleh, kerana dia sembahayang buat kita, bukan bagi Allah.” jelas
Nabi Daud.
Seorang murid pantas bertanya:
“Tetamu tadi juga brdoa dengan panjang
sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kesolehannya?,”
Nabi Daud pun bertanya: “Apakah doa
yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya? Bukankah Allah lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan
kepada-Nya.”
Tambahnya lagi: “Kalau dia menangis
tidak selayaknya di hadapan kita, tetapi menangislah dengan penuh rasa keinsafan
di hadapan Allah ketika bersendirian pada waktu malam ketika semua makhluk lain
sedang tidur.”
Tidak cukup dengan penjelasan itu,
lalu seorang lagi muridnya bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana
wajah orang yang sangat ikhlas, dan begitu juga pakaiannya bersih serta serba
putih yang melambangkan keikhlasan hatinya dan tidakkah itu lambang orang itu
benar-benar tergolong mereka yang takwa?”
Nabi Daud menjelaskan: “Takwa itu
tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada
pakaian seseorang, sebaliknya hanya Tuhan yang melihat hati manusia dan menilai
dari amal perbuatannya.”
Tambahnya lagi: “Adakah amal
perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak,
sedangkan manusia itu tidak dinilai daripada luarannya sahaja, melainkan yang
terlebih utama dan sebenar-benarnya ialah dinilai daripada isi dan mutu
kemanusiaan yang terpancar daripada apa yang dilaksanakan terhadap hukum dan
akhlak agama.”
Berdasarkan
soal jawab yang panjang itu, maka barulah murid-murid Nabi Daud faham tentang
sikap yang ditunjukkan oleh baginda. Sesungguh apa yang berlaku itu memberi pengajaran
kepada muridnya supaya tidak menilai seseorang hanya berdasarkan luaran apa yang
dilihat sahaja.
Sebenarnya, pengajaran daripada
kisah itu amat berguna sekali untuk kita. Hari ini banyak di kalangan kita
mudah tertipu dengan individu munafik yang hanya berpura-pura alim dengan
menunjuk-nunjuk dari segi pakaian dan perbuatan.
No comments:
Post a Comment