Kisah bapa mentua kuat main. Bapa mentua aku tinggal bersama aku. Kata suami aku, elok
bapanya tinggal bersama kami kerana di kampung bapa mentua aku tinggal seorang
sahaja.
Ibu mentua aku telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Manakala adik
beradik suami aku semua telah berkeluarga dan tinggal di tempat lain.
Bapa mentua aku pesara tentera. Berumur sekitar 60-an. Namun
keadaan kesihatannya masih baik. Tidak mengalami atau mengidap penyakit
berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. Keadaan kesihatan
yang baik itu mungkin kerana amalan menjaga kesihatan yang diamalkan sejak
dalam perkhidmatan tentera lagi.
Mengikut apa yang diceritakan bapa mentua kepada aku, dia masa
dalam perkhidmatan tentera dahulu berkhidmat dalam tentera darat. Katanya dalam
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Dia berbangga menjadi sebahagian rakyat
yang berjuang menentang pengganas komunis. Banyak operasi yang dia sertai.
Boleh dikatakan hutan di seluruh pelusuk negara telah dia redah demi membela
dan mempertahankan negara tercinta.
Setiap kali menyertai operasi, padanya tidak ada rasa takut atau
gentar biarpun ramai rakan yang terkorban dan tercedera. Segala-galanya
diserahkan kepada takdir. Apa yang penting kedaulatan negara perlu
dipertahankan dengan penuh jiwa raga.
Sebab itu, apabila ada pihak yang mendakwa komunis sebagai
pejuang kemerdekaan sebenar, bapa mentuaku akan marah. Dia berasa dirinya
terhina dan pengorbanannya tidak dihargai.
Jika, komunis dianggap pejuang, apa
pula gelaran untuk tentera? Salah satu pihak perlu dianggap sebagai musuh.
Takkanlah tentera pula yang hendak dianggap atau dipanggil sebagai musuh?
Katanya, golongan muda hari ini perlu bijak menilai sejarah. Jangan
kerana ingin menyokong pihak tertentu, mereka ingin mengubah sejarah.
Golonan
muda hari ini tidak melalui saat gentir menuntut kemerdekaan dan melalui zaman
darurat yang dicetuskan oleh pengganas komunis. Mereka ini pengkhianat kepada
negara. Tindakan mereka perlu dikutuk dan dipersalahkan atas apa yang telah
dilakukan pada masa dahulu.
Aku sentiasa menjadi pendengar setia kisah-kisah pejuangan
bangsa Melayu dan Askar Melayu menpertahankan negara. Kadang-kadang
berulang-ulang cerita sama yang diberitahu. Macam satu iklan seorang datuk
dengan cucunya mengenai cerun nak runtuh. Banyak kali datuknya bercerita kepada
cucunya tentang perkara itu.
Namun, aku tidak pula bosan mendengarnya. Tidak kisahlah sudah
berapa kali dia ulang cerita itu. Aku tetap setia mendengarnya. Macam juga
melihat cerita-cerita Tan Sri P Ramlee yang tidak jamu-jamu biarpun telah
berpuluh dan mungkin juga beratus kali menontonnya.
Hubungan dengan bapa mentua memang mesra dan rapat. Aku hormat
dan sayang bapa mentua. Aku cukup berasa puas dapat melayan mendengar cerita
bapa mentuaku.
Sekurang-kurangnya aku tidak sunyi sangat ketika berada di
rumah. Dari cerita-cerita itu aku dapat tahu tentang sejarah negara dan pada
masa sama lahir dalam diri rasa cinta kepada negara dan menghargai sumbangan
generasi terdahulu.
Satu lagi yang aku kenal tentang sikap bapa mentua aku ialah dia
kuat main. Mengikut ceritanya, masa muda dahulu dia aktif bermain bola sepak,
sepak takraw badminton dan ragbi. Dia menjadi pemain mewakili RAMD dalam
pertandingan antara kor.
Sebab itu, pada setiap petang pasti dia akan keluar bermain di
padang permainan dekat dengan rumah aku. Tidak kisahlah dengan siapa dia
bermain asalkan dapat bermain.
Dengan kanak-kanak pun dia bermain. Kalau tidak
ada sesiapa yang boleh dia buat rakan bermain, akulah yang dijadikan sasaran
untuk bermain.
Biasanya aku bermain badminton dengan bapa mentua aku. Itupun
permainan yang boleh aku main dengan bapa mentuaku. Takkanlah nak main bola
sepak pula.
OK lah. Rasanya itu sahaja cerita aku mengenai bapa mentua yang
kuat main. Semoga mendapat manfaat coretan cerita ini, terutama berkaitan kisah
perjuangan tentera mempertahankan negara.
Cintailah negara kita dan hargai jasa
pengorbanan generasi dahalu mempertahankan negara, terutama kepada anggota
keselamatan.
No comments:
Post a Comment