Thursday, 6 December 2018

UMNO BANYAK BERKORBAN UNTUK MCA


Umno sebagai parti BN sebenarnya begitu menghormati semangat setiakawan dengan parti-parti komponen khususnya MAC dan MIC kerana kita telah lama bersama.

Umno telah memberikan segala-galanyanya untuk memastikan MCA terus diwakili dalam kerajaan sejak 61 tahun pemerintahannya, walaupun MCA hanya menyumbangkan bilangan kerusi yang terus mengecil dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya.

Sekadar mengambil contoh di Pahang ini saja, Umno telah mengepikan haknya untuk bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu semata-mata untuk memberi peluang untuk MCA dan MIC malah Gerakan atas semangat setiakawan BN.

Di Lipis umpamanya, MCA pernah diberi peluang bertanding di kerusi parlimen walaupun pengundinya hampir 70% adalah Melayu. DUN Cheka dulunya Bandar Lipis terus menerus diserahkan kepada MCA kecuali sekali diambil oleh Umno itu pun ditukarkan dengan parlimen. MCA tetap menang atas sokongan kuat Umno.

Kalau Umno berlagak tuan seperti yg didakwa oleh YB DS Ti sudah tentu semua kerusi DUN dan Parlimen Lipis ditandingi oleh Umno. Dalam PRU 14, calon MCA telah menang di Cheka menemani rakannya di Titi Tinggi Perlis dan satu-satunyanya kerusi Parlimen Ayer Hitam melalui Prasiden MCA yang baru dinobatkan. Hakikatnya MCA hampir lenyap dalam politik tanahair lantaran telah ditolak oleh kaumnya sendiri dan 3 orang yang ada itu pun telah diselamatkan oleh undi Umno.

MCA sudah lama bersabar Umno? Sebenarnya Umnolah yang telah bersabar dan bersabar dengan terus memberi peluang kepada MCA walaupun menyedari bahawa memberi MCA bertanding, risikonya BN akan hilang kerusi.

Kekalahan MCA sejak 2 atau 3 pilihanraya umum di kerusi-kerusi tradisi mereka seperti Teruntum, Semambu, Ketari, Bilut, Teras, Mentakab dan Tanah Rata membuktikan MCA sekadar parti yang ada pemimpin tapi tiada pengikut.

Di Parlimen Raub dan Kuantan kajian awal telah pun menjangkakan MCA akan tewas kerana yg diletakkan bukan calon yang disukai pengundi tetapi calon yang dipaksakan kepada pengundi.

Umum mengetahui MCA tidak pernah punyai jentera yang tersusun untuk gerak kerja kempen tapi tetapi sekadar mengadakan jamuan makan-makan saja. Makanya jentera Umno yang digerakkan untuk memenangkan calon BN termasuklah MCA.

Contohnya, seorang yang berjawatan Ketua Wanita yang telah pun ditolak pada PRU 13 dan PRK diletakkan bertanding di Raub dan Umno telah rela menerimanya walaupun kajian menunjukkan calon Umno lebih berpotensi untuk menang.

Siapakah yang mengamalkan amalan ketuanan kalau bukan MCA yang cuba memaksa Umno Raub memenangkan Ketua Wanita MCA Kebangsaan yang terdesak untuk mencari kawasan selamat. Namun Umno Raub tetap sabar dan terus berkerja kuat tapi apakan daya MCA yang gagal memujuk ahli-ahlinya untuk mengundi waima calonnya dari kalangan pemimpin tertinggi mereka.

Begitu jugalah yg berlaku di Parlimen Bentong, MCA gagal memberi kemenangan kepada presidennya sendirinya berdasarkan keputusan di PDM majoriti kaum cina yang memihak kepada parti lawan. Jadi, tak payahlah menuduh Umno sedangkan parti sendiri yang pincang.

MCA harus mengaku Umno tidak pun membuli MCA walaupun parti itu berada di tahap yang paling lemah sekarang. Sebaliknya Umno tetap meraikan MCA, contohnya untuk jawatan senator bagi mewakili Pahang penggal ini telah diberikan Dato Sri Ti Liar Ker kerana ia adalah kouta parti MCA. Umno boleh sahaja mengambil kuota tersebut untuk diberikan kepada kompenan BN yang lain tetapi kerana sifat Umno menghormati dan setiakawan Umno tidak sekali-kali mengkhianati kawan.

Eloknya MCA bermusabah diri, cari sebab mengapa parti kamu tidak lagi mendapat sokongan. Kalau perlu masuk workshop masuklah, baiki apa yang rosak, overhaul enjin yang sudah lemah itu..Jangan nak menyalahkan orang lain atas kelemahan dan kegagalan sendiri. Kita tidak akan kuat tanpa usaha kita sendiri.

Disalin dari FB DATUK MUSTAPA LONG
ADUN Padang Tengku
Pahang
05-12-2018

No comments:

Post a Comment