Falsafah berkawad atau kawat ialah
melatih setiap anggota supaya bermegah dengan tatatertib, taat setia dan
berkerjasama. Ciri-ciri itu menjadi lambang kemegahan dan keistimewaan pasukan
beruniform berbanding jabatan lain.
Taat setia. Ciri taat setia lahir berdasarkan hakikat bahawa setiap anggota
dikehendaki mengikut setiap arahan yang diberi oleh ketua perbarisan. Tiada
bantahan atau pengecualian terhadap setiap arahan yang diberikan. Mereka
perlu melakukan apa diarahkan dengan bersungguh-sungguh supaya mutu kawat
berada di tahap terbaik.
Bermegah dengan
tatatertib. Erti bermegah dengan tatatertib ialah patuh
kepada peraturan yang ditetapkan. Pasukan beruniform amat mementingkan
soal mematuhi peraturan kerja yang ditetapkan.
Memakai uniform
termasuklah dalam tatatertib. Setiap anggota perlu berpakaian kemas dan
mengikuti peraturan pemakaian. Pemakaian menjadi identiti pasukan dan tahap
disiplin dapat dilihat cara mana anggota berpakaian.
Setiap uniform
tidak boleh dipakai sesuka hati. Setiap uniform telah ditetapkan seperti bentuk
pakaian, ukuran, warna, jenis fabrik, alat tambahan dipakai bersama-sama dan
beberapa ciri lain. Semua anggota memakai bentuk uniform yang sama, kecuali
perbezaan berkaitan dengan pangkat.
Justeru,
beruniform merupakan identiti terpenting pasukan. Kita dapat mengenali
pasukan berdasarkan corak atau warna uniform. Di negara kita tidak terdapat
pasukan yang sama uniform mereka.
Kerjasama. Nilai kerjasama yang dapat dilihat apabila setiap anggota
dapat melakukan semua pergerakan bersama-sama. Tidak ada seorang anggotapun
dikecualikan melakukan pergerakan kawat yang diarahkan.
Kejayaan dan
kekemasan kumpulan kawat bergantung kepada semua anggota. Jika ada anggota
gagal melakukan pergerakan kawat, maka cacatlah keseluruhan kumpulan
itu. Sebab itu seluruh anggota perlu menampilkan semangat kerjasama yang
tinggi.
Falsafah kawat
ini tentulah tidak setakat ketika berkawat. Perkara yang sama perlu
diterjemahkan dalam aktiviti lain, terutama ketika menjalankan tugas
masing-masing.
Sebab itu, kita
dapat lihat anggota pasukan beruniform mempamerkan mutu disiplin yang tinggi.
Mereka sanggup melakukan tugas-tugas yang mencabar yang dilihat sukar dilakukan
oleh orang biasa.
Berdasarkan itu,
berkawat wajar dijadikan sebahagian daripada kaedah untuk mendidik disiplin
pelajar. Diperhatikan pelajar yang menyertai pasukan beruniform dan aktif
berkawat menampakkan ciri-ciri bermegah dengan tatatertib, cergas, taat setia
dan kerjasama yang tinggi.
Kementerian
Pelajaran wajar menjadikan pertandingan kawat kaki antara pasukan beruniform di
sekolah sebagai antara acara kemuncak tahunan. Ia juga patut dipertandingkan di
antara sekolah, daerah dan negeri.
Pertandingan yang
dianjurkan di peringkat kebangsaan akan meningkatkan semangat anggota untuk
menjalani latihan kawat secara bersungguh-sungguh. Mewakili negeri dalam sesuatu
pertandingan adalah satu kebanggan kepada setiap pelajar.
Sebelum terpilih
mewakili negeri, pertandingan peringkat sekolah, daerah dan negeri
diadakan. Pertandingan
ini melibatkan beribu-ribu orang pelajar di setiap negeri.
good
ReplyDeletehmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
ReplyDelete