Perbuatan merokok bukan lagi lambang status atau kepuasan
seperti ketika pengaruh merokok mula menular di negara kita. Masyarakat Barat
yang memperkenalkan industri rokok kini telah menolak amalan yang pada satu
ketika dulu menjadi kegilaan ramai.
Masyarakat kini memandang perbuatan merokok sebagai
menyalahi matlamat ingin hidup dengan sihat dan ceria.
Peratusan permintaan rokok di negara Barat kini menurun.
Oleh itu, strategi pemasaran rokok kini ditumpukan kepada negara sedang
membangun dan mundur yang taraf kesedaran penduduknya terhadap bahaya rokok
masih rendah.
Kerajaan di negara sedang membangun dan mundur sanggup
menerima pelaburan besar syarikat rokok melalui pengiklanan dan sumbangan,
biarpun sedar ia merugikan rakyat.
Perbuatan merokok adalah satu jenayah terhadap diri
sendiri. Perokok menjermuskan diri dalam jurang kebinasaan. Melakukan amalan
membinasakan diri bermakna melakukan dosa terhadap diri sendiri.
Tanpa rokok seseorang dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selamat. Orang yang berjaya dalam hidup biasanya tidak merokok dan benci kepada rokok.
Tanpa rokok seseorang dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selamat. Orang yang berjaya dalam hidup biasanya tidak merokok dan benci kepada rokok.
Merokok menyebabkan banyak aktiviti seharian terganggu.
Mereka terpaksa berhenti daripada melakukan tugas seketika semata-mata untuk
merokok.
Perokok sanggup melanggar peraturan melarang merokok di
tempat awam, membuat kotor, tidak menghormati orang yang tidak merokok dan
tidak sayangkan diri sendiri.
Sudah tiba masanya seluruh rakyat memandang benci terhadap tabiat merokok sepertimana perasaan benci terhadap dadah. Malah terbukti 99 peratus penagih dadah adalah dari kelangan perokok. Dadah dan rokok adalah musuh negara.

No comments:
Post a Comment