Fahaman komunis diperkenalkan Karl Marx pada 1847 melalui
Manifesto Komunis pernah menjadi anutan berbilion manusia. Namun, fahaman
tersebut mula berkembang hanya pada sekitar 1900, sesudah Marx meninggal
berbelas tahun.
Fahaman komunis juga pernah cuba
dikembangkan di negara kita melalui perjuangan parti Komunis Malaya (PKM).
Bagaimanapun fahaman ini ditolak sepenuhnya oleh rakyat di negara kita (Malaya
ketika itu) sehingga mereka dikenali sebagai pengganas.
Tindakan komunis menggunakan
kekerasan untuk memaksa rakyat menerima fahaman mereka menambah lagi kebencian
rakyat.
Sepanjang
semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai
kekejaman dilakukan komunis terhadap anggota keselamatan negara serta orang
awam. Ancaman dan keganasan komunis menyebabkan banyak nyawa terkorban dan
kerugian harta benda.
Komunis
membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541
anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang
lain cedera.
Pihak
komunis telah menandatangi perjanjian damai atau meletak senjata dengan
kerajaan Malaysia di Hatyai, Thailand pada tahun 1989. Ini tidak bermakna
kekejaman komunis mampu dihapuskan dalam lipatan kenangan dan sejarah tanahair.
Tokoh
komunis, Chin Peng melakukan dosa besar kepada seluruh rakyat negara ini. Dia
hidup dalam di luar negara sehingga meninggal dunia. Malangnya ada yang
menganggapnya sebagai hero.
Pertentangan ketara fahaman komunis
dengan Islam ialah apabila Marx tidak percaya adanya Tuhan.
Malah, Lenin
sebagai penyokong kuat Marx pernah menulis: “Agama adalah candu kepada rakyat”.
Fahaman itu menyebabkan fahaman komunis ditolak sepenuhnya oleh umat Islam.
Tambahan pula, tidak ada sebab
mengapa umat Islam perlu mencari satu fahaman lain, sedangkan Islam itu sudah cukup
sempurna dan sebaik-baik anutan untuk seluruh umat manusia tidak kira zaman,
tempat dan budaya penganutnya.
No comments:
Post a Comment