Jika
kita dihidangkan air sama ada kopi, teh dan sebagainya, kita dipersilakan untuk
menikmatinya ketika masih panas atau suam. Kata orang, tidak elok minum air yang
telah sejuk.
Sebenarnya
minum air sejuk, terutama ais atau air batu mempunyai banyak kebaikan. Antara kebaikannya:
-
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur
seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan
berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga
kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka
panjang.
- Membenarkan anak mengunyah ais
akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara
perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa
jam. Mengambil
ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk
secara total.
-
Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun
yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan
jangkitan.
- Ais atau air sejuk dapat
mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk
mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma
kembali sedar.
-
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
-
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak
disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada
kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang
mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
- Air sejuk juga adalah terapi
yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat
ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik
untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan
lebih cepat.
-
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang
yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan
struktur tulang.
- Air sejuk secara psikologinya
amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh
unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam
tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
-
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat
berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam
aliran darah.
-
Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat
sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan
menguatkan perut.
No comments:
Post a Comment