Masalah gangguan bekalan air dihadapi
pengguna di Kelantan telah berlarutan sejak puluhan tahun lalu. Mereka sudah
lali dengan masalah berkenaan. Kebanyakan mencari altenatif lain menggunakan
air telaga atau boring.
Ada pengguna yang telah berdepan masalah
bekalan air lebih 10 tahun. Jadi, jika ada yang baharu berdepan dengan masalah gangguan
bekalan itu, anda sebenarnya baharu 'belajar' mengenai erti deritanya apabila berdepan
masalah gangguan bekalan air.
Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB)
sebagai pengendali operasi merawat dan membekalkan air bersih pula telah lali
dengan macam-macam tomohan dan kata nista daripada pengguna air.
Satu sifat 'terpiji' staf AKSB ialah
tahan dikeji dan dimarah. Mereka tidak peduli apa orang kata. Hanya mereka
sahaja tahu masalah sebenar dalam pengurusan AKSB.
Mereka telah berusaha yang terbaik,
tetapi hasil tetap tidak memuaskan. Politik dalaman AKSB tidak pernah sunyi.
Yang jadi mangsa adalah pengguna.
Pengguna berhak menzahirkan rasa marah
terhadap pengurusan AKSB apabila tidak mendapat bekalan air seperti sepatutnya.
Manakala pihak pengurusan AKSB pula sekadar menelan apa yagn dilontarkan kepada
mereka. Mereka terpaksa melalui situasi itu, kerana itulah tempat mencari rezeki.
No comments:
Post a Comment