Friday 26 July 2019

PELANCONG MENGADU AIR KOTAK DI MALAYSIA TIDAK SEDAP


Malaysia mengharapkan kedatangan pelancong dari luar negara untuk mengaktifkan aktiviti pelancongan dan seterusnya menjana ekonomi negara.

Namun, tentu sekali satu perkara yang tidak sedap didengar jika ada pelancong mengadu tentang sesuatu yang buruk pengalaman berada di Malaysia. Tidak kisahlah dalam apa bentuk sekalipun.

Baru-baru ini ada pelancong yang mengadu mengenai air kotak di Malaysia tidak enak diminum. Sudahlah harganya mahal, tetapi tidak sesuai untuk diminum.

Mereka mengadu perkara itu kepada pemandu pelancong dan menunjukkan air kotak yang baru dibeli dan baru separuh sahaja diminum.

Pemandu pelancong itu cuba meminumnya dan memang ternyata tidak sedap sama seperti didakwa oleh pelancong itu.

Pemandu pelancong itu berjanji akan menyelesaikan masalah itu dengan berjumpa dengan penjual di sebuah kedai runcit.

Penjual itu pada mulanya terkejut dengan pengaduan itu, tetapi kemudiannya tergelak tetapi ditahan-tahan. Apa tidaknya, yang dimaksudkan air kotak itu sebenarnya santan segera.

Memang, santan segera yang dikotakkan tidak ubah seperti bungkusan air kotak. Bezanya, di bahagian atas tidak ada lubang untuk dimasukkan straw.

Tentang kisah di atas, tidak pula disahkan sama ada cerita sebenar atau tidak. Tetapi, kemungkinan kisah itu berlaku memang ada.

Pertamanya kerana bentuk kotak yang sama dengan air kotak. Keduanya, ia memang dalam bentuk cecair, tetapi lebih pekat sedikit berbanding air kotak. Ketiganya, di kotak itu tulisannya adalah dalam bahasa Melayu yang tidak difahami oleh pelancong.

Hanya satu perkara dimusykilkan ialah adakah pemandu pelancong itu juga tidak memahami tulisan bahasa Melayu atau memang jahil mengenai Malaysia. 

Entahlahhhh



No comments:

Post a Comment