Monday 29 July 2019

TAJUK TARIK MINAT PEMBACA

Berita mana sebenar lebih menarik minat pembaca. Ramai menduga rencana di atas dengan tajuk "Kasih sayang, rezeki bertambah selepas berpoligami" berbanding tajuk di bawah "Jangan terpedaya sendikit penipuan KWSP".

Pertama kerana kedudukan di atas dan keduanya tajuk berkaitan poligami memang mendapat perhatian umum.

Namun, tidak semua tanggapan itu betul. Ia juga bergantung kepada kaitan sesuatu tajuk berita. Bagi orang yang tiada kaitan dengan KWSP tentu sekali tidak berminat dengan tajuk tersebut.

Sebaliknya, seseorang yang ada kaitan dengan KWSP seperti ada akaun di KWSP atau mempunyai tugasan berkaitan dengan KWSP seperti perunding kewangan yang banyak berurusan dengan pemegang akaun KWSP.

Sebenarnya amat penting bagi editor memilih tajuk yang dapat menarik minat pembaca dan begitu juga rekaletak sesuatu berita atau rencana.

No comments:

Post a Comment