Monday 29 July 2019

RENTANG KAIN SAMBUT BUAH GUGUR


Kebanyakan jenis buah akan rosak jika jatuh dari pokoknya. Sebab itu, ada pengetahuan mengenai bila buah sesuai dipetik sebelum ia gugur sendiri dan rosak.

Ketika mengait atau memetik buah, satu kesukaran ialah memetik buah berada di hujung julai yang tidak mampu dicapai oleh tangan. Jika dijolok, ia akan gugur ke tanah dan buahnya rosak.

Satu kaedah untuk menyambut buah itu ialah dengan menggunakan kain, guni atau kelambu yang direntangkan. Beberapa orang atau sekurang-kurangnya dua orang diperlukan untuk memegang buju kain untuk diregangkan.

Pemegang atau penyambut itu perlu berada di tempat yang dijangkan buah yang dikaitkan itu akan gugur. Tetapi, kerap kali buah itu gugur di tempat lain. Maka itulah peranan penyambut bergerak ke tempat yang dilihat buah sedang gugur.

Dua masalah berlaku ketika menyambut buah menggunakan kain ialah silap membuat jangkaan tempat buah jatuh yang menyebabkan buah tidak 'masuk' dalam kain dan keduanya kain yang direntangkan terlucut dari pengangan kerana buah terlalu berat. 

Kalau setakat buah jatuh ke tanah, masih dikira bernasib baik. Ada kalanya, buah jatuh ke atas kepala penyambut tanpa dapat dielak.


No comments:

Post a Comment