Friday 2 August 2019

PESAWAT TUDM NURI M23 TERHEMPAS

Sebuah pesawat helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis NURI M23-16 melakukan pendaratan cemas di Kem Gubir, Kedah. Kejadian berlaku pada 02 Ogos 2019 kira-kira pukul 2.58 petang.

Kemalangan berlaku ketika pesawat berkenaan melaksanakan pertukaran trup di antara pasukan 6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD)  dan 1 Rejimen Sempadan (1 RS).

Kemalangan berlaku ketika pesawat membuat penghantaran anggota ke Marker Lima  (Marker L) pada sortie yang ke 5. Ketika itu pesawat membawa 4 krew termasuk juruterbang dan seorang pegawai serta 10 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) dari 1 RS.

Pesawat telah terhempas dan merempuh bahagian bumbung dan sebahagian surau Markas Taktikal Kem Gubir. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang berlaku terhadap krew dan anggota.

Semua anggota yang terlibat dalam kemalangan diberi rawatan oleh pasukan tentera yang bertugas di kem terbabit.

Akibat kemalangan tersebut, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth mengalami kerosakan yang teruk di bahagian kipas dan sebahagian kanan sehingga menyebabkan ianya tidak boleh digunakan (total lost).

No comments:

Post a Comment