Setiap kali musim hujan, satu perkara yang perlu
diingatkan kepada semua ialah soal keselamatan diri dan keluarga. Keselamatan harta benda seperti kenderaan,
peralatan rumah, haiwan ternakan dan hasil tanaman juga perlu diambilkira.
Umum mengetahui, setiap tahun sentiasa ada yang
mangsa mati lemas pada musim hujan. Banyak kes kematian melibatkan kanak-kanak ketika bermain air pada musim
banjir. Kematian sedemikian bukan
berpunca bencana banjir, tetapi satu kecuaian yang sebenarnya boleh
dielakkan.
Korban bermain air pada musim hujan dapat dielakkan
jika semua pihak mengambil langkah keselamatan dan berhati-hati. Mangsa mati lemas bermain air setiap tahun
kebanyakkan terdiri kanak-kanak dan remaja.
Jelas sekali, perkara ini berlaku akibat kecuaian
ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang soal kecelakaan yang mungkin
berlaku terhadap anak mereka semasa musim hujan. Ibu bapa tidak risau atau mengambil langkah
pencegahan untuk mengelak anak menjadi mangsa lemas.
Banyak ibu bapa menganggap musim hujan sama
seperti hari-hari lain. Anak dibiarkan
bebas bergerak dan bermain seperti biasa. Ibu bapa tidak ambil kisah tentang adanya kawasan mudah ditakungi air di
sekeliling atau berhampiran tempat tinggal.
Air mudah bertakung di kawasan paya, parit,
longkang, sawah dan lubang yang digali di tapak pembinaan. Tempat-tempat beginilah selalu menjadi
tumpuan kanak-kanak untuk bermain yang berakhir dengan tragedi.
Boleh dikatakan semua kanak-kanak suka bermain
air. Kalau dibiarkan tanpa kawalan,
mereka akan bermain sepuas-puasnya sehingga lupa makan dan minum. Mereka menggunakan sepenuhnya peluang bermain
air hujan yang jarang-jarang berlaku. Tambahan pula, musim hujan di Pantai Timur berlaku pada musim cuti
persekolahan akhir tahun.
Kanak-kanak memang tidak tahu bahaya yang mungkin
menimpa mereka ketika bermain air hujan. Malah, mereka tidak tahu apa itu mati lemas. Bagi yang sudah memasuki alam remaja dan
mengetahui erti mati lemas, mereka mudah lupa apabila asyik bermain tanpa
ditegah atau diingatkan tentang bahayanya.
Sebab itu amat penting ibu bapa atau orang dewasa
mengambil tanggungjawab melarang kanak-kanak daripada bermain hujan. Ibu bapa tidak sepatutnya membiarkan anak
bebas bermain air hujan dengan apa alasan sekalipun.
Terdapat ibu bapa membiarkan anak bermain air
hujan dengan alasan kawasan sekitar rumah mereka tidak ditegelami air atau
kedalaman airnya hanya cetek yang tidak mungkin akan menyebabkan anak mereka
lemas.
Pendapat mereka itu memang tetap, tetapi lupa
beberapa perkara lain. Pertamanya, kedalaman
air di sesuatu kawasan tidak sama. Kawasan di hadapan rumah mungkin memang cetek yang tidak mendatangkan
apa-apa bahaya.
Tetapi, di tempat yang jauh sedikit daripada laman
rumah mungkin ada kawasan yang kedalaman airnya lebih dalam seperti dalam parit,
paya atau lubang yang digali. Hujan
lebat menyebabkan kawasan tersebut cepat dipenuhi air dan aliran air yang
deras.
Di sesetengah kawasan, hujan lebat beberapa jam
telah menyebabkan banjir kilat yang boleh mendatangkan bahaya kepada
kanak-kanak.
Anak yang dibiarkan babas bermain mungkin akan
pergi ke tempat berbahaya itu jika tidak dikawal atau dilarang. Mereka memang sukakan tempat airnya lebih
dalam atau lebih banyak.
Kanak-kanak ke tempat itu mungkin bukan untuk
mandi atau bermain, tetapi hanya sekadar tengok-tengok dan seronoh melihat
sesuatu yang berlainan daripada masa biasa.
Tidak mandi manda bukan jaminan tidak menjadi
mangsa lemas. Banyak kes kanak-kanak
mati lemas terjatuh ke dalam parit, longkang atau tali air. Kehadiran mereka sekadar mengikut abang atau
kakak.
Dengan kata lain, kemalangan seperti itu dapat
dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu bapa melarang anak-anak mereka pergi
ke tempat itu tanpa kawalan. Perlu
ditekankan bahawa larangan bukan setakat jangan main air, tetapi jangan keluar
rumah.
Anak akan memahami atau mematuhi larangan itu jika
dijelaskan kepada mereka bahaya akibat perbuatan itu. Penjelasan itu menjadi peringatan dan
pengajaran untuk mereka pada masa akan datang.
Larangan bermain air hujan bukan sekadar kepada
kanak-kanak tidak pandai berenang sahaja. Kanak-kanak yang pandai berenang juga mesti dilarang daripada bermain
air hujan. Pandai berenang bukan
bermakna tidak mungkin lemas. Banyak
mangsa mati lemas adalah mereka yang pandai berenang.
Kemalangan ini berlaku disebabkan kurang
berhati-hati apabila terlalu bergembira bermain air. Tambahan, mereka terlalu yakin dengan
kebolehan berenang. Mereka melakukan
aksi terjun dari tempat tinggi atau aksi berbahaya yang kononnya memberi lebih
kepuasan.
Mereka lupa kemungkinan bahaya yang boleh berlaku
pada waktu itu. Walaupun pandai
berenang, adalah sukar untuk menyelamatkan diri jika keadaan air terlalu deras
atau berlaku sesuatu yang tidak diduga seperti kejang otot, gagal mengawal
diri, digigit binatang berbisa yang biasa berlaku pada musim hujan dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment