Rakyat terutama yang tinggal di kawasan kerap
berlaku banjir diingatkan agar bersedia untuk menghadapi banjir besar pada
bila-bila masa.
Tindakan seterusnya ialah daripada rakyat apabila
banjir melanda. Amaran banjir berada di
tahap waspada dihebahkan dari masa ke semasa melalui media memberi panduan
tindakan yang sepatutnya dilakukan rakyat.
Apabila arahan berpindah dikeluarkan, penduduk di
kawasan berkenaan perlu segera berpindah. Jangan beranggapan banjir tidak akan meningkat sehingga di tahap
bahaya. Ketika itu proses berpindah akan
menjadi sukar apabila kedalaman air semakin dalam yang tidak dapat dilalui
termasuk kenderaan berat.
Penggunaan bot penyelamat agak terhad kerana
bilangannya tidak banyak. Tambahan pula,
kalau banjir terlalu besar dan aliran air laju, kerja-kerja menyelamat sukar
untuk dilakukan. Sebelum keadaan itu
berlaku, lebih baik berpindah awal.
Setiap kali musim hujan, satu perkara yang perlu
diingatkan kepada semua ialah soal keselamatan diri dan keluarga. Keselamatan harta benda seperti kenderaan,
peralatan rumah, haiwan ternakan dan hasil tanaman juga perlu diambilkira.
Banyak ibu bapa menganggap musim hujan sama
seperti hari-hari lain. Anak dibiarkan
bebas bergerak dan bermain seperti biasa. Ibu bapa tidak ambil kisah tentang adanya kawasan mudah ditakungi air di
sekeliling atau berhampiran tempat tinggal.
Dengan kata lain, kemalangan seperti itu dapat
dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu bapa melarang anak-anak mereka pergi
ke tempat itu tanpa kawalan.
Bagi sesetengah orang, musim banjir yang
sepatutnya dihadapi dengan perasaan bimbang, sebaliknya dianggap sebagai satu
pesta. Banyak rakyat Kelantan menyambut
kedatangan banjir sebagai menghiburkan.
Musim tengkujuh tidak dianggap sampai kemuncak
jika tidak berlaku banjir. Setiap kali
musim banjir mencatatkan pengalaman berbeza-beza. Sebab itu, setiap kali musim banjir, rakyat
Kelantan ada cerita tersendiri mengingati kembali musim banjir lalu.
Apapun, banjir tetap satu bancana. Persiapan awal dan langkah berhati-hati perlu
dilakukan untuk meminimunkan kadar kemusnahan dan kerugian akibat bencana
banjir.
No comments:
Post a Comment