Tidak ada untungnya mengumpat orang lain. Apatah lagi jika kita sendiri
tidak ada kaitan dengan orang itu yang boleh memberi kesan kebaikan atau
keburukan kepada kita yang berkaitan dengan cerita itu.
Maka sebab itu, cara terbaik untuk mengelak daripada mengumpat ialah jangan
mudah melihat keburukan diri orang lain. Sebaliknya, belajarlah muhasabah diri
sendiri dengan melihat kelemahan diri sendiri. Tentunya kita tidak suka
kelemahan yang ada pada diri kita menjadi bualan orang lain.
Begitu juga orang lain, mereka juga tidak mahu keburukan diri mereka
dihebohkan kepada orang lain. Jika masing-masing menjaga diri daripada
perbuatan mengumpat, maka perbuatan yang banyak mendatangkan keburukan kepada
masyarakat itu akan terhindar.
Jauhkan diri daripada situasi yang bawa kepada perbuatan mengumpat. Jika
ada orang sedang mengumpat, tinggalkan mereka atau berdiam diri saja. Orang
akan berhenti mengumpat jika tidak ada mendapat respon daripada orang lain. Mereka
akan sedar bahawa perbuatan itu tidak baik dan dibenci orang lain.
Sebaliknya, orang mengumpat akan lebih bersemangat meneruskan perbuatan itu
jika apa orang lain yang turut menyokong apa yang dilakukan itu. Mereka menjadi
lebih galak mengumpat dan lebih banyak perkara diumpat yang ditokok tambah.
Bersama menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat untuk mengelak
perbuatan dosa dan menjaga keharmonian dalam masyarakat. Perasaan curiga dan
berdendam mudah merebak dalam masyarakat yang banyak mengumpat.
Masyarakat yang diwarnai dengan budaya mengumpat akan hancur kerana tidak
dapat dipastikan pihak mana yang betul. Sikap berprasangka buruk menjadi
berleluasa. Percakapan lebih banyak membincangkan mengenai sikap buruk orang
lain, berbanding menilai diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jauhilah oleh kamu prasangka yang
tidak baik, kerana sesungguhnya prasangka tidak baik itu seburuk-buruk
percakapan." (Hadis
riwayat Muslim)
Jauhilah kamu
daripada mengumpat kerana dosa mengumpat itu lebih besar bahayanya daripada
zina. Sesungguhnya seseorang lelaki itu terkadang dia berzina lalu bertaubat
maka Allah menerima akan taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat itu
tidak diampuni baginya sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpatnya.
(Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syeikh dari Jabir r.a.)
Zina adalah dosa
seorang manusia itu dengan Allah SWT dan terampun dengan bertaubat (melainkan
zina yang dilakukan dengan isteri orang, maka perlu dimaafkan oleh si-suami).
Mengumpat juga adalah satu dosa besar tetapi hanya orang yang diumpat sahaja boleh memaafkan dosa mengumpat itu. Kesan daripada perbuatan mengumpat adalah sangat buruk. Di antara contohnya ialah; boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga atau merosakkan imej seseorang.

Mengumpat ialah
menceritakan keburukan seseorang di belakangnya, walaupun perkara itu benar.
Salah seorang sahabat bertanya: “Apakah itu mengumpat?” Rasulullah menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.”
Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?”
Rasulullah menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya.

No comments:
Post a Comment