Bilangan
wanita memiliki lesen memandu kereta memang ramai. Namun, ramai juga yang
sekadar memiliki lesen memandu kereta, tetapi tidak memandu kereta. Mengapa?
Pertama,
mereka tidak yakin untuk memandu kereta, terutama di jalan yang sibuk.
Kedua,
memang ke mana-mana pun suami yang memandu kereta. Jadi, mereka hanya duduk
sebelah.
Ketiga,
peluang tidak ada kerana sibuk mengurus rumah tangga dan kereta digunakan oleh
suami.
Jadi,
sebab itu tidak ramai wanita memandu kereta biarpun ada lesen memandu kereta.
Sepatutnya,
alang-alang sudah memiliki lesen memandu kereta, cubalah terus mengekalkan
kemahiran yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) itu. Kalau
tidak selalu memandu pun, teruslah agar kemahiran memandu berada di tahap yang
membolehkan memandu kereta.
Sebenarnya
amat penting wanita dapat memandu kereta. Pertamanya ketika berlaku kecemasan. Mereka
tidak perlu mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan kecemasan itu
seperti menghantar ahli keluarga ke hospital dan sebagainya.
Keduanya,
dalam pemanduan jauh, jika suami atau pemandu lain keletihan atau mengantuk,
bolehlah wanita mengambil alih mamandu untuk sampai di satu tempat yang lebih
selamat untuk berehat.
Ketiganya,
ketika ketiadaan suami, mereka boleh pergi atau bergerak dengan mudah untuk
memenuhi keperluan harian seperti pergi ke pasar, menghantar dan mengambil anak
sekolah dan sebagainya.
Jadi,
terus kekalkan kemahiran memandu kereta kerana ia satu keperluan.
No comments:
Post a Comment