Orang Barat
mengatakan kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Sementara dalam Islam, penentu
kepada kebaikan atau sebaliknya ialah pada usia 40 tahun. Manakala dari sudut
psikologi pula, usia 40 tahun merupakan fasa kedua remaja.
Sesungguhnya, dalam
kehidupan ini Allah SWT menjadikan sesuatu itu mengikut peringkat-peringkatnya,
bagaimana sebatang pokok daripada benih kemudian membesar dan sehinggalah
menjadi pohon yang tegap dan besar. Itulah lumrah kehidupan yang mana makhluk
diciptakan oleh Allah juga menerusi beberapa peringkat.
Firman Allah SWT dalam
surah ar-Rum ayat 54 bermaksud: "Dialah yang menciptakan kamu daripada
keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi
kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban."
Menurut tafsiran
al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan secara khusus mengenai dua perkara utama.
Pertama, masa dan usia adalah milik mutlak Allah. Kedua, falsafah
membayangkan bahawa manusia ini tidak statik, mahu tidak mahu, akan mengalami
perubahan dalam kehidupan, daripada bayi menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa,
tua dan mati.
Lantaran itu, Nabi
Muhammad SAW sentiasa berdoa dan berpesan kepada umatnya agar sentiasa meminta
perlindungan daripada Allah SWT mengenai beberapa perkara.
Pertama, meminta
perlindungan daripada sifat pengecut atau takut tidak bertempat. Kedua,
dilindungi daripada rasa sedih, risau, bimbang kerana ia menjadi komponen
kepada kemerosotan pencapaian manusia, dan ketiga, memohon perlindungan
daripada sampai ke usia nyanyuk. Jadi nyanyuk ini merupakan satu peringkat
penghabisan usia manusia.
Imam Abu Hamid
Mohammad bin Mohammad al-Ghazali ada menulis sebuah buku bertajuk Ayyuhal Walad
yang bermaksud, Wahai Anak. Buku kecil ini hakikatnya mempunyai banyak
anekdot-anekdot yang indah dan episod hebat mengenai pengalaman Imam
al-Ghazali.
Kehebatan al-Ghazali
ialah kerana beliau adalah seorang tokoh yang berjaya mengkombinasikan teori
dengan amali sebagaimana yang dibuktikan dalam bukunya, Ensiklopedia Tasawuf.
Imam al-Ghazali
mengatakan, tanda-tanda Allah SWT melupakan kita ialah apabila kita sibuk
kepada perkara yang tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang berusia 40
tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka
bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)
Apabila kita
membandingkan atau membuat satu kajian berdasarkan kepada pengalaman, hadis ini
ada logiknya. Mungkin ulama hadis mengatakan hadis ini daif, tetapi maknanya
sahih atau dari sudut praktikal, amalannya tidak bercanggah dengan akidah dan
dalam banyak hal, membuktikan ia betul.
Kenapa betul?
Pertama, Nabi Muhammad sebelum menerima wahyu, hidup dalam keadaan tidak
beragama tetapi menerima hidayahnya pada usia 40 tahun.
Di sini, menjadi satu contoh yang baik untuk direnung bersama dan perkara ini tidak berlaku secara kebetulan kerana Allah SWT tidak melakukan sesuatu perkara melainkan ada hikmah dan falsafah tertentu di sebaliknya.
Di sini, menjadi satu contoh yang baik untuk direnung bersama dan perkara ini tidak berlaku secara kebetulan kerana Allah SWT tidak melakukan sesuatu perkara melainkan ada hikmah dan falsafah tertentu di sebaliknya.
Selain itu, sekiranya
dilihat dari segi putaran hidup manusia, boleh dikatakan pada usia 40 tahun
menjadi detik penentu tentang hala tuju masa hadapan.
Kalau sebelum ini kehidupannya sentiasa happy go lucky tetapi pada saat usia mencecah 40 tahun, pastinya sudah terdetik di dalam fikiran dan hatinya untuk membina keteguhan dalam banyak hal kehidupan. Contohnya, pendidikan anak-anak, pengumpulan harta dan sebagainya.
Kalau sebelum ini kehidupannya sentiasa happy go lucky tetapi pada saat usia mencecah 40 tahun, pastinya sudah terdetik di dalam fikiran dan hatinya untuk membina keteguhan dalam banyak hal kehidupan. Contohnya, pendidikan anak-anak, pengumpulan harta dan sebagainya.
Jika kita lihat
kepada tokoh-tokoh Islam selepas Baginda seperti Fakhrul Razi, merupakan
seorang yang lara, hidup dalam kelalaian tetapi pada usia 40 tahun, beliau
tersedar dan kesedarannya berlaku apabila beliau melihat bagaimana berhadapan
dengan kematian, dan yang memeranjatkan pada usia tersebut beliau berubah dan
bertukar menjadi seorang yang alim dalam ilmu tafsir.
Titik tolak perubahan
yang berlaku kepada hidup seseorang itu boleh berlaku walaupun pada usia 40
tahun tetapi tidak mustahil selepas itu tidak mahu berubah, maka ia akan terus
lalai dan menghabiskan usia kehidupan dengan perkara yang tidak bermanfaat
kepada diri juga kepada orang sekeliling.
Malah di Barat juga,
mereka mengkaji seperti di dalam buku The Magic of Thinking Big yang ditulis
oleh Dr. David Schaward, ahli psikologi dan profesor di sebuah universiti.
Buku beliau ini terjual lebih 10 juta cetakan. Ia membahaskan tentang proses kejayaan manusia sewal usia 20 tahun. Tetapi dari sudut kajian, menerusi beberapa orang tokoh korporat, didapati mereka berjaya dan kukuh kedudukannya adalah pada usia 40 tahun.
Buku beliau ini terjual lebih 10 juta cetakan. Ia membahaskan tentang proses kejayaan manusia sewal usia 20 tahun. Tetapi dari sudut kajian, menerusi beberapa orang tokoh korporat, didapati mereka berjaya dan kukuh kedudukannya adalah pada usia 40 tahun.
Kajian-kajian
kemanusiaan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembuktian terhadap
kebenaran apa yang disebut di dalam hadis tadi. Bertepatan juga dengan satu
teori dalam masyarakat Barat iaitu Life begins at 40 atau permulaan hidup
berlaku pada usia 40 tahun.
Selain itu, orang
Barat juga menganggap kecantikan seorang perempuan juga bukan pada usia 20an
tetapi kecantikannya sampai pada usia 40 tahun. Kenapa? Ini kerana kecantikan
tersebut dilihat dari segi holistik atau menyeluruh, iaitu bukan sahaja dari
segi penampilan fizikal tetapi ia merangkumi sikap, misi dalam hidup, kejayaan
mendidik anak-anak dan banyak lagi.
Oleh itu mengikut
Barat pada usia 40 tahun inilah tahap atau klimaks kecantikan seseorang wanita
kerana ia datang secara pakej atau sempurna.
Bahkan, budaya kerja di Perancis dan Eropah, di mana mereka sedang mencari satu penyelesaian kepada masalah kerja yang semakin menekan dan membebankan.
Di antaranya, mencadangkan empat hari bekerja dan tiga hari rehat. Alasannya, hari pertama cuti untuk tujuan servis kenderaan, hari kedua untuk menguruskan rumah dan ketiga untuk keluarga.
Cetusan idea ini
sebenarnya menjadi modal kepada satu pertubuhan hak asasi manusia yang
dianggotai oleh mereka yang berusia lebih 40 tahun.
Hakikatnya tidak ada sesiapa yang menolak idea ini, malah ia telah dibentangkan di Parlimen Perancis. Ini membuktikan usia 40 tahun adalah usia yang matang fikiran, tindakan dan perubahan yang membawa natijah yang baik.
Hakikatnya tidak ada sesiapa yang menolak idea ini, malah ia telah dibentangkan di Parlimen Perancis. Ini membuktikan usia 40 tahun adalah usia yang matang fikiran, tindakan dan perubahan yang membawa natijah yang baik.
Maka dalam hal ini
dapat digarapkan kebenaran dan ketelusan isu yang dibincangkan. Pertama,
sejarah pelantikan Baginda Rasulullah SAW, kejayaan tokoh Islam, kajian-kajian
moden berasaskan analisis, statistik dan negara maju juga mengakuinya.
No comments:
Post a Comment