Mengadakan rumah terbuka
dan amalan ziarah sempena Aidilfitri amat digalakkan. Hal itu dapat merapatkan
hubungan yang renggan akibat pada hari lain semuanya sibuk dengan urusan
pekerjaan masing-masing.
Hadirlah rumah terbuka
dengan perasaan ikhlas, bukannya dengan harapan agar tuan rumah akan ‘membalas’
datang ke rumah kita pula.
Sambutlah Aidilfitri
dengan sederhana. Islam melarang perbuatan melampau dan membazir. Bergembira
keterlaluan mudah mengundang kelalaian. Lebih baik kita tumpukan perhatian
kepada tugas seharian yang perlu dilakukan untuk kebaikan semua.
Bayangkan jika kita
beraya sepanjang Syawal? Sepatutnya selepas menyambut Aidilfitri secara
sederhana, tumpuan yang perlu diberikan ialah kepada urusan kehidupan seharian
agar lebih berjaya dan cemerlang. Sesungguhnya Islam menggalakkan kita agar
bersederhana dalam semua perkara.
Ziarah-menziarahi digalakkan dalam Islam kerana ia boleh
mengeratkan silaturahim. Namun, orang Melayu akan membuat program ziarah khusus
pada bulan Syawal dengan meriahnya.
Ia sudah dibudayakan dan tidak lagi atas dasar tuntutan agama.
Sesuatu yang dibudayakan kena kelihatan meriah. Sebab itu, mereka kena beli
baju dua tiga helai atau mungkin lebih.
Pada masa yang sama, mereka kena keluarkan belanja untuk membeli
makanan. Belanja yang dikeluarkan berlipat ganda. Kalau tidak, ziarah dan rumah
terbuka tidak meriah.
Tuan rumah terpaksa berhabisan untuk mengadakan rumah terbuka. Sebab,
kalau tidak 'sedap' dan tidak 'mewah' tuan rumah akan malu. Tetamu akan
membawang sehingg Aidilfitri tahun hadapan.
Adat Islam mengingatkan agar kita tidak menyusahkan tuan rumah.
Makanlah apa yang ada. Bahkan, jika diketahui tuan rumah tidak berkemampuan,
elok dibawakan makanan kepada mereka.
Ziarah menziarahi memang digalakkan, tetapi kenalah tengok masa
yang sesuai. Jangan pakai redah sahaja. Jika majlis jemputan pada waktu malam,
jangan sampai lewat malam. Berilah peluang tuan rumah beristirahat awal. Banyak
masa dan tenaga telah digunakan untuk mengadakan persiapan.
No comments:
Post a Comment