Ketika berkunjung, pastikan
dibawakan bersama dengan ahli keluarga agar isteri atau suami dan anak-anak
dapat mengenali sanak saudara atau rakan kita. Saudara mara dan rakan kita juga
menjadi saudara atau rakan bagi pasangan kita dan anak-anak. Rangkaian
silaturahim menjadi bertambah lebar, saling mengenali dan menghormati.
Kehadiran tetamu bukan saja
merapatkan hubungan, tetapi juga membawa rahmat kepada tuan rumah. Rumah yang
suram bertukar ceria dan dirasakan seperti satu keluarga besar. Rahmat dan keberkatan
berkekalan selagi tetamu berada di dalam rumah itu. Apabila tetamu meninggalkan
rumah, maka mereka akan membawa bersama keluar dosa ahli rumah.
Namun, satu perkara yang perlu
diberi penekanan ketika ziarah ialah kesesuaian masa dan jangkamasa ziarah.
Jangan pakai redah saja tanpa memikirkan waktu yang sesuai. Begitu juga ziarah
jangan terlalu mengambail masa yang lama. Orang yang diziarah mungkin ada
rancangan untuk menziarahi orang lain pula.
Biasanya stesen televisyen
belumba-lumba menyiarkan rancangan menarik yang disediakan khas untuk
Aidilfitri. Disebabkan tidak mahu terlepas peluang menonton rancangan menarik,
banyak orang terpaku di hadapan televisyen masing-masing.
Keadaan ini membataskan amalan
kunjung mengunjungi. Dengan sendirinya menghilangkan kemeriahan Aidilfitri yang
sebenarnya. Peluang menonton siaran menarik ada sepanjang tahun, sedangkan
Aidilfitri hanya datang sekali dalam setahun. Tambahan pula, kebanyakan
rancangan itu ada siaran ulangan yang boleh ditonton pada masa lain.
Hulurkan tangan untuk bermaaf-mafan
dan membina hubungan ukhwah yang kukuh berdasarkan cara hidup Muslim. Memohon
maaf tidak terhad hanya apabila melakukan kesalahan secara nyata seperti
bergaduh dan menipu.
Harus memohon maaf atas perkara yang
zahir mahu pun batin yang tersembunyi di dalam hati. Perasaan cemburu, dengki
dan irihati sering berlaku secara tidak sedar di dalam hati. Perasaan itu
menyebabkan hubungan menjadi kurang mesra, biarpun tidak nampak nyata.
Aidilfitri adalah masa terbaik untuk
membersihkan hati seperti mana maksud fitri yang bersih dan putih berseri.
Jadi, elok dibuangkan segala yang keruh dan ambil yang jernih. Memaafkan segala
kesalahan lalu, biarpun tanpa dipohon oleh orang yang melakukan kesalahan
adalah tanda ketulusan hati.
No comments:
Post a Comment