Friday 19 July 2019

PELUANG JADI LEBIH BAIK SENTIASA ADA PERLU DIREBUT


Masa mula masuk kerja atau memulakan kerjaya adalah sesuatu yang menjadi kenangan indah, lebih-lebih lagi jika menyertai pasukan beruniform yang pengambilan atau kemasukan secara beramai-ramai dan perlu terlebih dahulu menyertai latihan untuk tempoh tertentu.

Ketika itu, masing-masing tidak menduga nasib masa depan. Semuanya sama sahaja. Menjalani latihan seperti yang ditetapkan.

Ada yang sudah menonjol bakal mencapai kedudukan baik dalam kerjaya nanti. Manakala yang selebihnya 'keliru' dan seperti tiada harapan.

Namun, itu hanya satu sejarah. Tiada siapa tahu nasib kita pada masa hadapan. Tuah ayam nampak di kaki, nasib manusia siapa tahu. Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

Setengah tu masa mula-mula begitu nampak yakin ada masa depannya cerah, tetapi rupanya padam di tengah jalan. Manakala yang nampak tidak yakin pula ada yang menyinar kemudiannya sehingga mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya.

Jadi, jangan mudah kita membuat andaian nasib seseorang pada masa hadapan. Semua boleh berubah jika ada usaha untuk mencapai yang terbaik.

Samalah dengan anak-anak kita atau generasi muda hari ini. Jangan mudah 'menghukum' membuat ketetapan apa yang akan berlaku pada masa hadapan hanya berdasarkan kepada apa yang dilihat pada hari ini.

Setiap orang masih ada peluang untuk mendapat yang terbaik untuk hidupnya.

Namun, peluang yang ada terhidang di hadapan mata tidak akan membawa apa-apa erti jika kita tidak berusaha untuk mendapatkan.  

No comments:

Post a Comment