Friday 19 July 2019

MAKANAN DICAMPUR TAWAS LAMBAT BASI

Tawas adalah sebatian kimia semulajadi. Dinamakan batu tawas kerana keadaan atau bentuknya seperti batu, tetapi tidak sekeras batu granit. Batu tawas yang telah dikisar atau ditumbuk dikenali serbuk tawas. Keadaannya serbuk tawas sama seperti garam halus.

Banyak kegunaan serbuk tawas. Dalam Kitab Al-Qanun Fit Tibb (The Canon of Medicine), Ibnu Sina telah menyatakan pelbagai kegunaan tawas. Antara kegunaan adalah untuk menghentikan pendarahan, merawat luka dan mencuci mulut melalui perkumuran.

Tawas turut digunakan berkaitan dengan makanan. Tawas digunakan untuk mengawet sumber makanan seperti ikan dan daging untuk tahan lama. Fungsinya sama dengan garam.

Tawas digunakan untuk memberi 'kesegaran' kepada buah yang dijeruk. Keadaan buah lebih tahan lama dan kekal segar.

Ikan dan daging yang direndam seketika (beberapa minit dalam air tawas) menjadi lebih segar, kenyal, kurang bau hanyir dan lebih putih.

Kuah yang dicampurkan dengan sedikit serbuk tawas membolekan ia disimpan lebih lama atau lambat basi.

Serbuk tawas juga dimasukkan ketika memasak bubur, nasi, ketupat dan sebagainya agar kelihatan putih dan 'bercahaya'.

Kegunaan tawas sebagai bahan aditif makanan diperakui selamat oleh Food and Drug Administration Amerika Syarikat.

Namun perlu diingat, apapun bahan yang digunakan, tetap memberi kesan buruk jika digunakan secara berlebihan. Contohnya penggunaan gula dan garam berlebihan memberi kesan buruk.

Secara ukuran atau kadar penggunaan tawas ialah mengikut kadar biasa kita menggunakan garam.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 


Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.



Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 



Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 



Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment