Berbaik
sangka terhadap sesama makhluk lebih mulia daripada bersangka buruk yang boleh
mendatangkan dosa. Namun, perlu diingat sangka baik perlu diimbangi sikap
berhati-hati. Seperti mana perlunya berbaik sangka, begitulah juga kita perlu
berhati-hati agar sifat baik itu tidak dieksploitasi musuh atau orang
berkepentingan.
Sikap
berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan
pengalaman bergabung, terbinalah sikap matang dalam berbaik sangka. Kita berbaik
sangka tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati.
Sikap
berhati-hati dan belajar daripada pengalaman sangat penting agar sikap berbaik
sangka tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang berniat
jahat.
Berikut
adalah langkah yang perlu kita buat dan laksanakan agar diri kita termasuk dari
golongan yang berbaik sangka.
Pertama,
banyakkan berdoa kepada Allah. Ini kerana kita hanya insan sangat lemah dan
kerdil serta tidak mampu melawan hasutan syaitan dan iblis melainkan petunjuk
dan bantuan Allah SWT.
Kedua,
kita meletakkan diri seperti orang lain. Jika kita mahu orang berbaik sangka
dengan kita, kita perlu bersikap yang sama dengan orang dahulu.
Ketiga,
ambil kata-kata orang dengan makna yang baik.
Jika
orang kata yang tidak baik kepada kita atau orang lain, pastikan kita sentiasa
berbaik sangka agar tidak tertipu dengan helah syaitan. Ini kerana sebaik saja
sangkaan buruk bertapak dalam hati, pelbagai dosa akan dilakukan.
Keempat,
mencari ruang supaya kita boleh memaafkannya, iaitu dengan sentiasa berusaha
mencari ruang berbaik sangka terhadap orang yang kita mahu bersangka buruk.
Mungkin dia ditimpa musibah berat sehingga tergelincir dari kebenaran.
Kelima,
jauhkan diri daripada menjatuh hukum atas niat seseorang, iaitu tidak menghukum
orang sebaik saja menerima sesuatu maklumat kerana apa didengar tidak
semestinya betul.
Orang
bersangka buruk sama dosanya seperti memakan daging saudara yang siudah mati.
Perkara
buruk ini menjadi sebahagian sifat umat Islam hari ini yang sentiasa iri hati
dan bersangka buruk terhadap saudara Islam dengan menuduh orang melakukan
perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti kukuh.
Justeru
kita perlu memupuk sifat baik sangka dalam diri dan menterjemahkannya dalam
realiti kehidupan.
No comments:
Post a Comment